Senin, 23 Juni 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan,
Blog ini diwujudkan atas permintaan beberapa orang kawan disamping rasa hati ingin berkongsi beberapa bahan yang ada dengan sesiapa sahaja yang berminat. Ditambah lagi dengan usaha kearah merealisasikan minat yang membuak-buak dalam bidang fotografi.
InsyaAllah dengan adanya blog peribadi ini dapatlah saya berkongsi sedikit idea dan pandangan serta sama-sama menonton kebesaran ciptaan Allah melalui gambar-gambar yang akan dipaparkan nanti.
Sebagai manusia biasa, saya juga mengahrapkan apa sahaja respon daripada rakan dan taulan demi kebaikan diri yang sememangnya memiliki seribu kelemahan ini. Segala nasihat serta komen dan pandangan anda saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Semoga ruang dan peluang yang dianugerahi Ilahi dalam perhubungan kita nanti membuahkan hasil yang lumayan disamping redha dan berkat daripadaNya bersama kita .... InsyaAllah.

Wassalam.

Tidak ada komentar: