
Ucapan syabas dan tahniah buat rakan kami, Ustaz Hamzah Ismail kerana telah mengadakan majlis yang sederhana kerana kelahiran cahaya mata yang keenam.
Majlis ini sekali gus merealisasikan matlamat kami di SMK Agama Miri dalam mewujudkan amalan ziarah menziarahi demi mengeratkan lagi hubungan sesama sahabat.

Sahabat handai tidak putus-putus mengunjungi kediaman ustaz Hamzah walaupun semua memaklumi bahawa waktu jemputan hanya jam 8.00-10.00 pagi, namun itulah yang dikatakan sahabat. Demi persahabatan yang telah terjalin, waktu tidak dihirau, yang penting dapat bersua muka dan dapat mengucapkan syabas dan tahniah atas kelahiran yang baru disambut.
Semua yang datang membawa senyuman yang melebar tanda tahniah atas kemurahan rezeki. Tidak ketinggalan gelak ketawa, gurau senda mengiringi perbualan.
Tetamu yang datang pula khususnya kaum ibu, tidak datang dengan tangan kosong pasti dipangku bersama hadiah dan saguhati untuk sibaby yang baru menjadi ahli dimuka bumi ini. Paling tidak sampul angpau khusus sidia.
Tidak ketinggalan Ustaz Badrul Hisyam dan pasangannya Ustazah Asmawani turut dirai pada hari yang sama atas kelahiran anak ketiga yang lahirnya belum sampai seminggu. Walaupun majlis sepertimana yang diadakan oleh Ustaz Hamzah belum dibuat tetapi ternyata persahabtan mengatasi segalanya.
Ini bermakna ziarah menziarhi bukan bergantung pada makanan yang terhidang bahkan ikatan ukhuwwah yang
terjalin mampu melahirkan persabatan yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Inilah agaknya yang diungkapkan Ilahi dalam surah al-Hujurat yang bermaksud" Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara"
Sekadar renungan........
Gambar-Gambar Kenangan semasa aktiviti:
Para Tetamu Yang Hadir

Anak-anak tidak ketinggalan menikmati juadah
yang disediakan

Anak yang dirai, sedang dibuai mimpi indah

Bakal-Bakal Ibu Sedang Mencari
Info Tentang Nikmatnya Menjadi
Seorang Ibu

Ketibaan Tetamu Seterusnya Disambut Meriah
Oleh Rakan dan Taulan
Di rumah Ustaz Badrul Hisyam:-

Kaum bapa sedang berbincang
tentang masalah umat.

Puteri yang dirai, menyambut tetamu sambil dibelai mimpi.

Alang-alang datang kenalah pangku
sekejap, mana tahu berjangkit kot nanti..
Akhir kata, semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan walaupun tanpa kehadiran orang baru, persahabatan tetap perlu dijalin dengan saling ziarah menziarahi kerana ianya pasti dapat membajai benih-benih ukhuwwah yang kian kontang dek kesibukan duniawi.
Untuk putera puteri yang dirai:-اللهم قفههما فى الدين وعلم هما فى التأويل
Sekian terima kasih, maaf atas segala kekurangan, ini adalah info pertama saya dalam blog ini.

